Quantcast
Channel: aloyparadoks.com
Viewing all 27 articles
Browse latest View live

Komen-Komen Lucah Ratna Kadhal

$
0
0

Semalam dah bermula teater Ratna Kadhal. Persembahan dari Revolution Stage karya dan arahan Khairunazwan Rodzy(Wan). Ini pertama kali sebenarnya aku berlakon dengan Revolution Stage dan Wan khususnya. Dan kebanyakan mereka yang terlibat samada depan tabir atau belakang tabir, juga sama. Adalah pertama kali aku kerja dengan depa. Ada yang sebelum ni kenal-kenal macam tu je. Dan banyak antaranya tak kenal langsung.

Aku pegang watak Krishnan. Pemuda india yang mencari kepercayaan tentang apa yang dia nak percaya dan sedang memilih untuk mencinta Ustazah Kamisah atau menjadi suami pada ibunya Ratna. Pelakon lain yang terlibat ialah Dynaa Zainal, Fazleena Hishamuddin, Hariry Jalil, Azman Hassan, Azrul Azizi, dan ramai lagi bakat baru yang berbakat dari projek Sekolah Teater MyHarapan.

Segala urusan pengurusan juga dilakukan oleh orang-orang muda dari MyHarapan ini. Dan nampaknya mereka bersemangat juga bersungguh dalam melakukan ini. Aku suka tentang itu.

Ini semua komen dari para penonton malam pertama semalam :

Tahniah!!! Aloy Paradoks dalam RatnaKadhal ialah lakonan terbaik kau (so far) dramatic, subtle, padu, meletup, hero air mata, so sweet, wow!!!
- Ajami Hashim (pengkritik filem/teater/buku) Review penuh dari Ajami Hashim boleh baca di SINI : http://ajamihashim.blogspot.com/2012/10/teater-ratna-kadhal-2012-kecil-tetapi.html

Aloy Paradoks, saya kagum dengan lakonan anda tadi. Tidak sia-sia anda sombong dan bongkak. Kerana hasilnya berkualiti.
-SultanMuzaffar (Editor GUA.COM)

Buat pertama kali aku suka lakonan Aloy Paradoks
- Fasyali Fadzly (Penulis & pengarah teater)

Ratna Kadhal bukan saja cerita tentang cerita. Tapi lebih luas lagi.
- Mislina Mustaafa (Pelakon Filem & Penggiat teater)

Penulisnya makin matang dalam penulisan.
- Kak Dot (Pensyarah Universiti Malaya)

Watak Krishnan dan Ustazah K tu comel
- Wan Afzan (sumber ; twitter)

Tahniah!!! Teater tadi benar-benar menyentuh perasaan. Tak sangka dapat tengok live Aloy nanges. Huhu.
- Sakinah Zulkifli (sumber ; twitter)

Suka jalan cerita RatnaKadhal, suka Ustazah K dan Krishnan punya watak, dan suka ending.
- Amin (sumber ; twitter)

Siapa nak tengok Fazleena jadi ustazah, datang la tengok.
- Ringo Abu Bakar (sumber ; twitter)

Azman Hassan yang pegang watak Siva tu, power siot.
- Ramai sangat orang cakap.




Kotak Hitam 2012

$
0
0
AKAN DATANG!!!


                                KOTAK HITAM 2012
                                Karya & Arahan : Fasyali Fadzly
                                Lakonan : Aloy Paradoks
                                Penerbit Eksekutif : Fazleena Hishamuddin
                                Terbitan : Paradoks Productions
                                Tarikh : 15 Nov - 18 Nov 2012.
                                Tempat : Stor Teater DBP
                                Masa : 8.30 malam setiap hari.
                                Tiket : RM 25.



Kotak Hitam (2012) : 0.2

$
0
0
Kotak Hitam pernah dipentaskan dulu, Julai 2011. Dan kini, bermula 15 november 2012 sekali lagi ia akan dipentaskan dan menemui penggemar teater sekitar Lembah Kelang amnya. Kotak Hitam merupakan sebuah karya dan arahan Fasyali Fadzly. Dan aku secara solo bertindak selaku pelakonnya. Jika sebelumnya naskah ini diterbitkan oleh Purple Talent Studio, kini untuk pementasan semula ia akan diterbitkan oleh Paradoks Production dan Fazleena Hishamuddin bertindak selaku penerbit eksekutif.

Naskah Kotak Hitam merupakan satu naskah yang sangat memberi kesan dalam diri aku selaku pelakon. Itu mungkin kerana naskah ini merupakan lakonan solo aku, jadi secara jujurnya aku sangat berbangga untuk itu dan berbangga kerana dipilih. Walaupun entahkan mungkin kerana ketiadaan pelakon lain, atau pilihan terakhir itu soal lain. Yang penting, harus buat terbaik agar tidak timbul berdosa pada penonton.

Komen dari penonton siri pementasan pertama dulu :

A.Wahab Hamzah (Pengkritik filem dan teater) ; "Sebuah karya monodrama post-modenist"

Amir Muhammad (Penerbit buku dan pengarah filem) ; "Kotak Hitam act as a fascinating counterpoint to (but is clearly way better than) Shahnon Ahmad's Tivi. Syabas"

Fazleena Hishamuddin (Pelakon teater dan producer tv) ; "Tak tahu nak cakap betapa bangganya dengan Fasyali Fadzly dan Aloy Paradoks untuk pementasan teater Kotak Hitam."


Produksi Teater KOTAK HITAM 2012. Dari kiri, penerbit, pelakon dan pengarah/penulis.

Kotak Hitam (2012) : 0.3

$
0
0
Projek usahasama pertama aku dengan Fasyali Fadzly ialah Berani Mati. Sekitar tahun 2008. Ini Berani Mati edisi ke-2 untuk satu projek yang tak perlu diumumkan untuk apa sebenarnya. Tapi malang Berani Mati edisi ke-2 tu memang betul-betul mati. Tak sempat untuk dipentaskan pun. Jadi projek itu diistiharkan gagal. Lama selepas itu aku dan Fasyali tak berminat lagi untuk buat sebarang projek bersama. Fasyali dengan hal dia, pentaskan teater-teater untuk projek UiTMnya. Aku dengan hal aku bersama-sama Paradoks Production, pentaskan teater untuk scene-scene alternatif.

Selepas beberapa tahun,  akhirnya pada pertengarahn tahun 2011. Fasyali utarakan satu projek lagi. Iaitu "KOTAK HITAM". Dan teater itu diterbitkan oleh satu syarikat lain. Aku hanya bertanggungjawab selaku pelakon dan Fasyali selaku pengarah juga penulis skrip. Urusan-urusan lain yang melibatkan kewangan, promosi adalah diuruskan oleh pihak penerbitan.

Tapi malang. Projek Kotak Hitam 2011 kurang mendapat sambutan. Hanya dihadiri kira-kira 100 orang penonton. Aku merasa agak terpukul dengan situasi itu. Dan aku suarakan ketidak puashatian itu terhadap Fasyali. Dia pun sama. Tak puas hati. Ini bukan soal bersyukur atau tidak, tapi aku tahu kemampuan waktu itu yang sebenarnya boleh lebih ramai lagi penonton hadir. Ini dinilai berdasarkan teater-teater yang diterbitkan aku bersama dengan Paradoks Productions. Walaupun tiada bahagian yang khusus yang menjalankan promosi, tapi kami menggunakan new media sepenuhnya.

Kebetulan pada tarikh Kotak Hitam 2011 itu  terdapat event yang lebih Gemilang. Iaitu Bersih 2.0. Tapi aku melihat Bersih 2.0 itu BUKAN sebagai punca kemerosotan penonton. Tapi aku lebih melihat ianya sebagai kegagalan pihak produksi sendiri. Terutamanya di bahagian promosi dan perhubungan awam. Tak ramai yang tahu tentang pementasan itu. Tapi ramai yang tahu hanya selepas pementasan berakhir. Sedangkan bahagian promosi dalam team memang wujud.

Selepas kekecewaan itu, aku dan Fasyali terus berkerja sama lagi untuk Teater Juta-Juta bersama dengan dua lagi pelakon lain, iaitu Fazleena Hishamuddin dan Anas Ridzuan juga Shawn Amer selaku penerbit di bawah lebel Mask Team. Dan alhamdullilah, Teater Juta-Juta berjaya menarik banyak penonton untuk hadir. Dan membuka mata banyak pihak bahawa Teater Alternatif ada pengikutnya. Aku melihat perkara ini dari keberkesanan promosi yang dijalankan oleh pihak penerbitan.

Selepas Teater Juta-Juta tiada lagi projek bersama kami. Dan selepas Fasyali mementaskan teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka, terbitan Mask Team juga. Sekali lagi dia berminat untuk mementaskan semula Teater KOTAK HITAM kami dulu. Dan kali ini Teater KOTAK HITAM diterbitkan oleh Paradoks Production dan Fazleena Hishamuddin selaku penerbit eksekutif.

Kotak Hitam 2012 : 0.4

$
0
0
Poster KOTAK HITAM 2012

Idea asalnya macam ni.

Dan jadilah macam ni.

Pasca Neo-Romantik.

$
0
0


















KOMEN PENONTON.

"Tengok Neo-Romantik membolehkan aku RASA CINTA itu apa... naik ja tulang pipi sepanjang show. Tahniah!" -Hilal Azmi (Wartawan Penyiaran/Producer ASTRO)

"Neo-Romantik, matang!" - Fasyali Fadzly (Penulis/Pengarah/Pensyarah)

"Ramai yang bergelak dengan pementasan Neo-Romantik. Tapi aku lebih teruja mendengar baris-baris skrip Aloy Paradoks." -Mosyuki Borhan (Penulis)

"Asyraf dan Najua membuat semua audien bersama-sama anda dalam cerita itu. Tahniah."                            -Melissa (DBP 2012)

"Bila Aloy gembira, karya dia makin bagus." - Nazim Masnawi (Penulis/Pengkritik)

"Saya rasa Aloy Paradoks memang layak untuk mempersembahkan karya romantis. Dialah dewa cinta masa kini." - Adi Wafi (Penulis)

"Ya Allah, sumpah best Neo-Romantik ni. Kelakar, sweet." - Irryani Lee Simmons

"Usai bergelak-nangis tonton Neo-Romantik. Mesej yang disampaikan akan ingat sampai bila-bila" - Along Zunaira.

"Aloy Paradoks, kau di kelas tersendiri. Dengan kabinet kayu anda boleh macam-macam."- Ezzer Daruh

"Neo-Romantik. Manis dan kelakar dalam masa yang sama."- Yara Sofea.

"Idea tempat duduk tu best. Part kissing owsem." - Amin.

- semua komen-komen ini diambil dari akuan twitter dan facebook. Terima kasih.


KOMEN PARA JURI SAYEMBARA

Oleh :
1 . YBhg. Prof. Datin Dr Hajah Rahmah Bujang
2 . Zakaria Ariffin
3 . Siti Jasmina Ibrahim

"Neo-Romantik"

Kisah cinta adalah antara premis drama yang sangat digemari dan sudah sekian banyak ditulis oleh pengarang drama sejak dahulu kala lagi. Selain karya Shakespeare "Romeo dan Juliet" yang terkenal itu, kita juga pernah diperkenalkan dengan naskah-naskah seperti "Laila Majnun dan "Sam Pek Eng Tai". Demikian juga dinegara kita terdapat kisah "Uda dan Dara" hasil nukilan Sasterawan Negara, Usman Awang. Pada dekat 70an berlaku cubaan Dinsman mencipta satu lagi kisah cinta moden melalui drama "Di Pulau Sa dan Di". Lalu apabila seorang penulis muda dan baharu alaf 21 ini menulis kisah cinta, apa yang kita harapkan?

Sesuai dengan judulnya, teater ini membayangkan suatu kisah cinta yang tidak sama seperti kisah "Uda dan Dara" atau "Romeo dan Juliet". "Neo" yang bermaksud baharu, memberikan gambaran bahawa kisah cinta yang mahu dipaparkan itu tidak sama romantisnya seperti kisah cinta agung yang pernah ditulis pada zaman-zaman sebelum ini. Ini zaman ledakan teknologi maklumat, dengan segala kecanggihan media dan dunia siber - mel elektronik, skype, facebook, twitter dan sebagainya, selain telefon dan sistem pesanan ringkas (sms) menjadikan manusia kurang berhubung dan berinteraksi secara bersemuka.

"Neo-Romantik cuba memberikan gambaran sebenar atau cuba mentafsir semula pengertian "romantis". Betapa anak muda zaman ini tidak lagi seromantis dulu, malah mereka mempersoalkan sama ada cinta itu masih relevan atau tidak. Mereka barangkali berada dalam keadaan terdesar, tertekan dan tergesa, di samping gangguan persekitaran yang tidak kondusif.

Pasangan ini tidak digambarkan bercinta seperti kisah cinta biasa. Tiada kata-kata romantis atau ayat-ayat cinta yang diutarakan. Sebaliknya pengarang lebih cenderung melukiskan imej-imej penuh perlambangan yang menuntut penonton membuat tafsiran sendiri. Penggunaan bangku panjang semata dalam teater ini penuh simbolik. Kerusi boleh menjadi tempat penyatuan dan menjadi rebutan juga lambang kuasa. Inilah yang terjadi pada Asyrah dan Najua.

Penulis juga mengangkat persoalan gender, persamaan hak dan kecenderungan kepada isu feminisme. Gadis dalam teater ini tidak mahu mengalah, malah menuntut diberikan hak untuk duduk di tempat yang tinggi yang telah diduduki oleh lelaki. Setelah menimbulkan permasalahn cinta itu relevan itu atau tidak, mereka menimbulkan pula isu komitmen, tanggungjawab, beban dan terperangkap.

KOTAK HITAM (2012) :0.5

$
0
0
Aku mestinya berbangga bila dapat berlakon dalam teater KOTAK HITAM ni. Bila dapat beraksi secara solo adalah sesuatu yang sangat mengujakan bagi setiap mereka yang bergelar pelakon teater. Tapi kalau nak bangga pun, tengok jugak dulu teater yang macam mana dan projek yang mana. Hahahaha. Amacam? Kerek dan angkuh tak aku. Aku memang macam ni.

Bila sekali lagi ditawarkan untuk kembali di pementasan siri ke-2 ni, memang dah ini benda yang kita biasa sebut sebagai peluang keemasan la. Sebabnya kotak Hitam adalah naskah yang benar-benar mencabar. Menguji kredibiliti seorang pelakon pentas. Sikit je kalau aku buat silap, satu show boleh hancur. Benda yang kita sebut sebagai pacing dan tempo dalam lakonan mesti sama setiap malam, tak boleh terlebih tak boleh terkurang. Kalau jadi jugak, memang nampak bodoh la aku dekat atas pentas tu nanti.

KOSMO!!!



Trofi

$
0
0
Ini trofi yang saya dapat hujung minggu lalu. Tempat pertama Sayembara Penulisan Drama Pendek 2012, dan Pelakon Lelaki Terbaik. Terima kasih semua!



Kotak Hitam 2012 : 0.6

Kotak Hitam (2012) : 0.7

REVIEW!!!

$
0
0
Review Buku NAKAL.

1 . http://mi-malo-muchacha.blogspot.com/2012/08/reviews-nakal.html
2 . http://triplexfire.blogspot.com/2012/04/bahaya-nya-nakal_5817.html
3 . http://mellyanasara.blogspot.com/2012/04/review-nakal-dari-aloy-paradoks.html
4 . http://sizarifalina.blogspot.com/2012/04/buku-nakal-karya-aloy-paradoks.html
5 . http://k4inrebiu.blogspot.com/2012/04/rebiu-nakal-langit-vanilla-dan-bla-bla.html

Review Buku Sang Bohemian

1 . http://azyanazilah.blogspot.com/2012/10/sang-bohemian.html
2 . http://k4inrebiu.blogspot.com/2012/03/sang-bohemian.html

Review Langit Vanilla

1 . http://silangkaki.blogspot.com/2012/02/langit-vanilla-wani-ardy.html
2 . http://badrul-story.blogspot.com/2012/03/buku-langit-vanilla-oleh-wani-ardy.html
3 . http://yespepol.blogspot.com/2012/01/langit-vanilla.html
4 . http://abcpowder.blogspot.com/2012/03/review-tentang-langit-vanilla.html
5 . http://gadisgombak.blogspot.com/2012/04/langit-vanilla-wani-ardy.html
6 . http://mencarisakiinah.wordpress.com/2012/04/23/langit-vanilla-by-wani-ardy/
7 . http://orenlimau.blogspot.com/2012/06/ke-hadapan-langit-vanilla.html
8 . http://lilylover-diary.blogspot.com/2012/07/e814-langit-vanilla.html
9 . http://the-missing-page.blogspot.com/2012/04/10-langit-vanilla.html

Review Sepucuk Pistol Dalam Laci

1 . http://der-emil.blogspot.com/2012/11/sepucuk-pistol-di-dalam-laci-by-hadi-m.html




KONTRADIKSI

Aku Pedulik Hapa???

$
0
0
Aku pergi CIMB Bank Kota Damansara area Sunway Giza. Aku nak clearkan Cek payment untuk job tahun lepas yang ntah dah keberapa bulan aku tunggu tu. Aku parking motor betul-betul depan pintu bank nak masuk tu. Aku pedulik apa.

Lepas setel, cek tu dibagi pada pegawai, sebab dah jam 4, jadi dia nak tutup operasi hari tu dan clearkan semua cek. Aku keluar, pakai helmet, start motor.... Pang!

Aku langgar bontot kereta orang. 
Aku tarik motor aku kebelakang sikit. Tengok bontot kereta tu kemek. Besar jugak la kemek dia. Sikit pun aku tak cuak. Aku pedulik hapa. 

Sebenarnya aku tengah marah masa tu, tadi dekat rumah aku mengamuk dekat orang maintenen. Pasal air tak ada. Padahal tiap-tiap bulan aku bayar, tapi sebab ramai penduduk lain tak bayar mereka potong bekalan. Tunggu sampai semua bayaran tertunggak dijelaskan. Ini adalah sistem meter berpukal. Satu blok apartment satu meter.

Aku cakap kat brader maintemen tu, "Aku pedulik hapa! Aku bayar tiap-tiap bulan." Ini tak adil. Yang tak bayar tu, mintak la dia orang bayar.

Lepas tu brader maintenen tu jawab aku. "Saya pun bayar tiap-tiap bulan." Dia bagi ayat sinis dekat aku.

Aku dengar dia cakap macam tu, makin bagi aku panas la dia ni.

"Aku pedulik hapa kau bayar tiap-tiap bulan. Itu masalah kau la. Ini aku nak cakap aku yang bayar tiap-tiap bulan pasal aku nak mengadu dekat kau. Kau yang jaga maintenen, aku boleh cakap dekat kau macam tu. Kau tak boleh cakap dekat aku macam tu, kau nak mengadu dekat aku buat apa? Kau nak cakap dekat aku macam tu buat apa? Aku ke yang jaga maintenen. Aku pedulik apa?"

Aku makin panas dah tu, brader tu diam je dengar aku cakap, sambil mata dia terkedip-kedip. Abah dia! Dia tak tau ke aku dekat Teluk Intan dulu selalu pukul orang tua?

Pertikaian tu tak selesai disitu. Tak boleh selesai. Aku keluar rumah. Marah masih ada lagi ni. Sekarang masuk balik cerita yang tadi.

PANG! Aku langgar kereta tadi tu.

Keluar brader ni. Tengok bontot kereta dia. Kemek. Dia panas, usha muka aku. Dia keluar muka garang.

"Lu apahal?" Aku tanya. Aku pulak tanya dia apahal.
"Hei! You sudah langgar saya punya kereta" Dia tengking aku.
"Kereta kau, aku pedulik apa!" Aku tengking balik.

Dia dengar je ayat celaka aku tu, terus dia lagi angin.

"Sekarang you sudah langgar saya punya kereta, macam mana mau bikin."
"You punya kereta you punya pasal la, saya pedulik apa? Bukan saya punya kereta."
"Tapi you langgar."
"Saya punya suka la saya mau langgar."
"Hei! Apa pasal you cakap ini macam?"
"You mau saya cakap macam mana?"
"You langgar!"
"Ya, saya langgar! Sudah cakap."
"Sekarang apa mau bikin?"
"You punya kereta you punya suka apa mau bikin, apa tanya sama saya?"
"You sudah langgar!"
"Memang saya langgar, berapa kali mau cakap?"
"Ganti la!"
"Apa pasal saya mau ganti, bukan saya punya kereta."
"Tapi you langgar."
"Sapa suruh taruk you punya kereta dekat sini? Ini bukan parking punya tempat. Saya mau keluar, saya langgar la."
"You pun parking bukan motor punya tempat!"
"Tau, ini saya punya motor, saya punya suka la. Saya pedulik hapa???"

Brader ni usha aku, aku rasa dia nak tumbuk aku sekarang!

"You sudah langgar lagi bising!"
"You bising saya bising la. Lu diam, saya diam la"

Terus dia blah masuk dalam kereta. Vrommm kuat-kuat. Padam muka! Kereta kau kemek bontot.
Lepas tu aku gelak sorang-sorang atas motor. 

Celaka jugak aku ni.


Benda Baru!

$
0
0
Empat (4) buah buku baru terbitan syarikat aku. Dan entah buku yang keberapa ntah!


MIMPI COMEBACK - 0.1

$
0
0
Sepanjang tahun 2012. Sekali pun Projek MIMPI tak pernah diadakan. Dan sepanjang tahun 2011 juga rasanya MIMPi yang mula diperkenalkan pada tahun 2009 itu, telah ditranformasikan kepada MIMPilem, iaitu Puisi ditukar kepada tayangan filem-filem pendek.

Itu kerana sepanjang tahun 2011 kami melihat sudah begitu banyak event-event Puisi yang seumpanya dianjurkan, dan event-event filem ketika itu kurang mendapat sambutan. Tetapi untuk tahun-tahun terawal 2013 nanti. Insyaallah MIMPi akan membuat kemunculan semula dalam bentuk asal seperti ia mula-mula dipersembahkan di Apartment Paradoks di Kelang dulu. Samada ia masih diterima atau masih punya pengikut lagi atau tidak aku tak pasti.

Untuk menaikkan semangat, dan menjadi kemunculan semula ini menjadi. Apa kata kita layan gambar-gambar sikit dan review-review tentang MIMPi yang lama-lama dulu.






MIMPI kali ke-2. Galeri Shah Alam. Diarahkan duduk jauh-jauh untuk elakkan salah faham JAIS.





MIMPi kali ke-3. Galeri Shah Alam. Ramai macam time nak beli baju raya.







Aku dan Nik Adam. Jadi emcee. Jadah mende ntah. Terlonjak-lonjak.




MIMPi kali pertama. Di Apartment Paradoks. Aku ingat lagi 50 orang tetamu dalam rumah sempit tu.



Persembahan Khas dari budak-budak Paradoks yang ada masa tu. Beberapa line up sudah undur diri nampaknya.




Persembahan dari Smuglers. Kain putih tu ialah kain kapan. Aku beli satu gulung.











Persembahan dari Sheila Band. Aku lupa mana kita orang curi kerusi merah. Sapa punya ha?













Persembahan dari Soffi Jikan. Dia nyanyi lagi Tikam-Tikam Belakang dia tu.












(Ni je gambar-gambar aku jumpa. Yang lain hilang dah)

KeLIK nama-nama di bawah untuk membaca review-review mereka tentang MIMPi

1 . SALINA
2 . PROLOQ ADDYHOLiQ
3 . SEPTEMBER SEBELAS
4 . BERUWANG
5 . BIAS
6 . AZAM READY
7 . KIMISAI
8 . PATUNG
9 . MAMAI (Puisi untuk event MIMPI)
10 SHEILA BAND
11 PROLOQ
12 SEMALAM BERSAMA PARADOKS
13 BIRU UNGU (Bila MIMPI diangkat ke MIMPilem)
14 GAGAK PUTEH
15 Blog Tak Senonoh 
16 MUAK by Azreen Yusof

Awat Hang Lorat Sangat ; Pengalaman Saya Membuat Lesen di Hari Pertama.

$
0
0

Aku dengan polis ni sebenarnya cukup 'rasi'. Bagai aur dengan tebing. Aku jugak pernah cakap lama dulu, segala benda dalam dunia aku tak takut. Ataupun tak berapa takut sangat. Gangster? Aku takut. Hantu? Aku tak takut. Jumpa bakal mak mertua? Pun aku takut. Tapi kalau polis? Ha! Itu aku takut.

Gila tak takut.  Gangster tu kalau dia pukul aku. Aku boleh pukul balik. Bab kalah menang belakang cerita, tapi yang penting bila dipukul, pukul balik. Hantu? Apa nak ditakutkan? Kalau rasa-rasa nak takut tu, lari je la. Jumpa bakal Mak Mertua? Lagilah aku tak takut. Agak-agak kalau dia tanya soalan style nak garang-garang je, aku cakap la aku ada hal, tak boleh nak lama-lama sangat. Selamat.

Tapi kalau polis. Bila dia saman aku, berani-berani macam mana pun tetap aku kena bayar. Dan sepanjang pengalaman aku hidup, dan dengan dah berpuluh-puluh kali aku sangkut dengan polis. Macam-macam akting yang dah aku buat. Penyakit kronik, orang miskin, kejar kekasih dekat airport, kena buatan orang, gila, sawan, menangis, semua aku dah berakting. Semua untuk selamatkan diri. Ada yang berjaya, ada yang tak. Mana yang berjaya tu, polis siap mintak no telefon lagi, katanya lain nak ajak lepak minum-minum. Sampai ada satu kes, bila aku cerita yang aku ni orang miskin. Serta merta dekat situ juga aku tengok mata dia merah. Tak lama lepas tu bergenang. Kemudian nak cover punya pasal. Cepat-cepat dia toleh tengok jalan raya lepas buat-buat macam simpan buku dalam kereta. Tapi aku curik-curik tengok nampak dia kesat air mata sebenarnya.

Tadi. Tadi untuk pertama kali dalam hidup Aku pergi buat lesen. Kelas B2 dan D. Ye! Selama ni aku memang tak ada lesen. So? Ada masalah. Dipendekkan cerita, dalam kelas tadi, cikgu memandu tu cakap, bila merah kita perlu berhenti kenderaan sebelum garisan. Aku ulang, sebelum garisan. Dan bila hijau, jalan jika selamat dan tiada halangan dihadapan. Bila kuning pulak, jika sudah melepasi garisan teruskan jalan, tetapi jika kuning sebelum garisan. Kita perlu berhenti. Kerana merah selepas itu semuanya wajib untuk berhenti.

Jadi masa nak balik tadi, aku cuba aplikasikannya. Lampu kuning, merah. Tepat-tepat aku berhenti 2 meter sebelum garisan. Sebijik macam yang cikgu cakap tadi. Jalan di kiri dan kanan agak lengang. Tiba-tiba sebijik motor meluncur dengan lajunya walaupun lampu dari arah kami merah. Aku tengok dia dah buat macam tu, jalan pun clear, aku sama pecut.

Pecut-pecut, ngam-ngam ada kereta polis secara melulu dekat belakang aku dah bunyi siren. Aku laju lagi, dia makin laju. Tapi laju aku motor kapcai cap cai jauh mana sangat la boleh pergi.

"Mintak lesen." 
Aku cool. Buat-buat tenang macam selalu. Bukak helmet dan cuba untuk senyum mesra.

"Lesen takdak cik. Saya baru pergi lesen yang pertama tadi. Ni baru balik." 
Aku cuba nak mesra.

"Dah tak ada lesen, bawak motor langgar lampu merah lagi." 
Makin garang pulak bunyinya.

"Maaf cik. Saya bukan sengaja. Tapi cikgu saya kata kalau lampu merah kena berhenti."

"Dah tu? Pasai apa hang tak berenti?"

"Saya nak kejar motor depan tu tadi Cik. Nak bagitau dia lampu merah tak boleh jalan."


Dan tadi, aku sekali lagi aku terima saman aku yang ntah dah keberapa ratus kali.

MIMPI - Comeback 0.2

$
0
0
Macam aku cakap hari tu, MIMPI (Malam Baca Puisi) akan kembali setelah lama tak muncul-muncul. Kali terakhir MIMPI diadakan ialah pada 24 Julai 2012 di MAPKL. Maknanya sepanjang 2012, sekalipun MIMPI tak pernah diadakan. Apa daaa... tak disiplin langsung.

Jadi, kali ini... sebagai membuka tirai 2013 kepada segala projek-projek PARADOKS, kami bawakan MIMPI kembali. Bertempat di Rumah Federasi TTDI Damansara.


MIMPI - Comeback 0.3

$
0
0
Peta RUMAH FEDERASI


Di sini MIMPi-Comeback Ahad ni. (13/01/2013). Bukan susah mana pun. Kau pergi je depan One Utama tu, amik simpang masuk ke TTDI depan One Utama. Kalau IKEA dengan RASTA tu tiap-tiap minggu boleh pergi, takkanlah benda senang macam ni tak boleh cari. Ye dak?

Projek Antologi DAJJAL

$
0
0
SeLUT Press & Sang Freud Press akan menerbitkan sebuah buku Antologi Cerpen yang bertajuk DAJJAL. Dan kepada anda semua, kepada sesiapa sahaja yang berminat anda dipelawa untuk menyertainya. Anda perlu menyiapkan sebuah cerpen, yang bertemakan DAJJAL sekitar 3 ribu patah perkataan.

Cerpen tersebut mestilah ditulis dalam bahasa melayu, dan anda bebas untuk memilih genre apa. Namun ia mestilah menarik untuk dibaca, segar dan bersifat kontemporari indie. Setelah sempurna cerpen anda, semak sebaik mungkin, dan ia hendaklah dihantar ke karyaselut@gmail.com dengan bersubjekkan "Penyertaan Antologi Dajjal". Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28hb februari 2013.

10 karya terbaik akan dipilih oleh editor untuk dimuatkan dalam buku tersebut nanti. Mereka yang berjaya akan mendapat sedikit saguhati dari penerbit serta mendapat 1 lagi keistimewaan lain. Hal itu hanya akan diberitahu apabila karya anda terpilih sahaja. Kepada yang tidak terpilih, diharap tidak berkecil hati dan cuba perbaiki lagi gaya penulisan dan cerita anda mungkin.

Dan terpenting, ingat! Ini projek menulis cerpen/fiction, BUKAN PROJEK BUKU KEAGAMAAN.

Terima kasih,

Yang Benar
Aloy Paradoks
Penyelenggara dan Penerbit SeLUT & SFP

Teater Antologi Neo-Romantik.

Viewing all 27 articles
Browse latest View live