↧
Hebahan #NeoRomantik.
↧
Keputusan Antologi DAJJAL.
Sebanyak 31 penyertaan kami terima, tetapi hanya 10 yang dipilih hasil karyanya untuk dimuatkan kedalam Antologi DAJJAL. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, dan kepada yang tak berjaya harap tak berputus asa dalam bidang penulisan dan percayalah, anda dipilih bukan kerana anda tak bagus. Cuma ada sikit perkara yang anda terlupa. Harap semua sudi untuk mencuba lagi di masa akan datang, bagi projek Antologi yang lain pula. Dan semua-semua yang terpilih dan tidak terpilih telah kami hubungi melalui email.
Berikut senarai karya yang nama terpilih
1 . TASIK GALILEE Mohd Azmen
2 . FILEM Salleh Razak
3 . GADIS DAN GIGI Walid Ali
4 . SERIGALA, REVOLVER DAN GADIS BERAMBUT ORENAzrin Fauzi
5. f 5.6Nik Adam Ahmad
6 . PENGEMBARAAN JAL DI TANAH MELAYURayza MukMin
7 . DIARI AHMAD FASILON Syahmi Fadzil
8 . Migraine Raisya Nordin
9 . 40 Hari Membunuh DajjalFairul Nizam Ablah
10. ADAM Shafiz Mahmod
↧
↧
TAYANGAN AMAL UNTUK ADIK ADAM AZFAR (kelik entry untuk bacaan penuh)
Hari ini kita tolong orang, hari esok Tuhan sendiri tolong kita.
Adik Adam Azfar menghidap barah otak, dan kini berada dalam keadaan koma. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menampung kos perubatan beliau. Jadi, sumbangan dari anda amat-amat diperlukan. Caranya, datang tonton filem pendek... dan berilah sumbangan anda seikhlas mungkin melalui bayaran masuk.
Dua filem pendek, satu arahan Khir Rahman dan satu lagi arahan Shazrol Suhaimie akan ditayangkan. Bagi filem Pesona Ter... yang diarahkan oleh Khir Rahman menampilkan barisan pelakon hebat seperti Namron, Wanji Aswandi, Pekin Ibrahim, Syafie Naswip, Ungku Ismail, Sobri Anuar, Amerul Affendi dan Soffi Jikan. Manakala filem Adiwira pula menampilkan Pekin Ibrahim sebagai seorang Adiwira dan menginspirasi seorang kanak-kanak.
Tayangan diadakan selama 2 hari. Pada 28 dan 29 March. Jadi anda boleh pilih satu tarikh tarikhnya. Ditayangkan di Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka, tayangan bermula jam 8.00 malam.
Jadi anda semua dijemput hadir dan mari sama-sama menghulurkan derma. Sekalung penghargaan untuk Siti Jasmina dan Khir Rahman yang berusaha untuk ini.
↧
GADIS DAN 2 MENARA (Kelik Entry Untuk Bacaan Penuh)
Projek terbaru dari Paradoks Productions, dan kali ini melibatkan kerjasama dengan Buku FIXI dan Artful Creator selaku penerbit bersama. Juga dengan sokongan dari pihak Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Teater GADIS DAN 2 MENARA dipentaskan bersempena dengan pelancaran buku terbaru terbitan FIXI, dan sempena ulangtahun ke-2 syarikat penerbitan tersebut. Amir Muhammad bertindak selaku penerbit eksekutif, dan Ajami Hashim selalu penerbit, dan aku selaku penulis juga pengarah.
↧
Projek Antologi YAKJUJ
Selepas kejayaan Projek Antologi DAJJAL yang lepas (walaupun buku tu tak berapa laku sangat, tapi buku tu bagus) kini SeLUT Press melancarkan pula Projek Antologi YAKJUJ. Masih sama, ia akan menghimpun kan cerpen-cerpen yang bertemakan YAKJUJ (Tapi ingat! ini BUKAN buku keagamaan atau kitab mengenai YAKJUJ)
Jika anda berminat untuk menyertai kami,
1 . Tulis cerpen dengan tema YAKJUJ ; sekitar 2500 patah perkataan dan tidak kurang dari 2000.
2 . Setelah siap, hantarkan ke karyaselut@gmail.com dengan subjek email ANTOLOGI YAKJUJ.
10 cerpen terbaik akan dipilih untuk dimuatkan dalam buku tersebut. Soal saguhati hanya akan diberitahu jika cerpen anda terpilih.
TARIKH TUTUP : 15 Mei 2013 (jam 10.00 malam)
↧
↧
Review Teater ZOMBIE SERANG PANGGUNG
Bercakap mengenai teater Zombie Serang Panggung (ZSP), ia ada pro dan kontranya. Ia bukan total kontra kerana pembikinnya kelihatan masih ada otak yang boleh diguna pakai, dan boleh dimaksimun manipulasikan lagi, tambahan aku dalam seumur hidup takat ini, penah menonton teater yang memang dibikin bukan menggunakan otak, mungkin lutut agaknya. Tapi ini soal senstiviti dan kretiviti bukan? Siapa yang boleh menilai dan menghalang? Terpulang.
ZSP bermula dengan gimik yang agak baik sebenarnya. Perkhabaran bahawa show berhadapan dengan masalah dan bakal dibatalkan boleh saja kita sebut sebagai pembuka selera, ataupun pemetik suis untuk adegan seterusnya. Jika benar waktu persembahan yang lewat 30 minit disengajakan sebagai sebahagian dari gimik untuk men-realkan situasi tegang di awal, tahniah saya ucapkan. Tapi jika tidak, tahniah juga kerana mereka adalah pembikin teater melayu sejati yang memang tak pernah tepat masa untuk persembahan. Saya tak tahu yang mana satu.
Sesuatu yang harus dipuji ialah pengarah berani untuk mencabar audien untuk berinteraksi dalam persembahan ini. Benar, penonton masa kini tak harus lagi pasif dan mereka sendiri perlu merasai pengalaman itu. Pengalaman menjadi sebahagian dari yang menghidupakan persembahan.
Di minit-minit awal, energi dan situasi genting dalam ZSP memang dirasakan. Kiranya mereka berjaya membawa aku masuk ke dalam persembahan, dan percaya dengan apa yang sedang berlaku. Satu hal ; mencipta kepercayaan dalam diri penonton terhadap pemain/situasi adalah perkara terpenting dalam teater. Mereka agak bagus pada bahagian itu. Suasanan kecoh, tegang dan kelam-kabutnya menjadi.
Cuma... masalah bermula apabila ZSP ingin pergi lebih jauh dalam penceritaan, ia tak pergi-pergi. Tersekat disitu sahaja hingga sudah. Itu apa yang saya sebut, bagusnya ZSP ialah konsepnya. Saya tekankan lagi sekali. Konsepnya.

Apa yang menjadi masalahnya pula?
Skrip! Secara jujur skripnya sangat lemah, ataupun jika tidak ada skrip yang tetap, pengolahan naskahnya adalah lemah. Pertama, penonton dibahagikan pada dua bahagian, satu yang bertanda di tangan dan satu tidak. Hal itu kelihatannya menjadi terlalu besar dan penting bagi Lelaki Berparang (LB) hingga mengasingkan tempat duduk mereka. Seolah salah satu pihak sudah terkena jangkitan (mungkin). Tetapi, apakah yang akan dilakukan kepada dua pihak itu. Adalah salah satunya harus dibunuh atau apa akan berlaku pada mereka. Adakah mereka berbahaya? Ianya adalah perbuatan yang kita andaikan sebagai kerja yang tak siap.

Ia memang menjadi pengukuhan (establishment) yang sia-sia. Dan apa yang lebih mengecewakan pengukuhan itu dilakukan bersungguh-sungguh dan mengambil masa yang lama, seolah-olah itu bahagian penting dalam konflik dan penceritaan, tetapi sebenarnya tidak membantu kepada apa unsur-unsur penceritaan pun. Selepas itu, hal tersebut diabaikan sahaja. Seterusnya tindakan mengajak 3 orang penonton naik ke pentas dan bertanyakan soalan juga mati. Hubungkait tindakan itu seperti langsung tidak ada, dan hanya seperti berbual memberi ucapan selamat datang, kemudian penonton duduk semula penonton.
Akibat dari pengukuhan yang sia-sia ini. Cerita akhirnya mula hilang arah tujuan sebelum sampai dipertengahan. Saya sudah mengesan itu apabila watak LB hanya mengulang-ngulang isi yang sama untuk menghidupkan cerita ; soal memberi orang tak berkenaan masuk, soal makanan dan soal jangkitan.
Dalam prinsip Public Relation, repetition is very important. Tetapi dalam prinsip fiction, repetation adalah memboringkan. Saya bukan mahu bercakap soal akademik apabila membangkitkan hal prinsip-psinsip seperti ini, tetapi saya ingin tegasnya pengulangan dalam fiction samada penulisan/filem/teater akan membuatkan ianya kelihatan lemah. Penonton sudah semakin bijak dan mereka tidak perlu di ulang-ulang diberitahu. Cukup sekali, dan cerita harus bergerak supaya pacingnya menjadi laju. Pacing cerita yang lemah dan perlahan, tambah dibantutkan lagi dengan graf lakonan tidak ber-graf. Disini saya merasakan pengarah dan pelakon gagal mengesan naik turun energi/melodi dalam persembahan.
Dari segi perwatakan jugak, watak Lelaki Diikat jelas menunjukkan pembaziran, begitu juga dengan lain-lain watak yang tidak berkembang dan dinamik untuk penceritaan. Secara mudah dilihat mereka semua adalah tidak meyakinkan. Untuk sebuah persembahan yang melibatkan penonton, sebenarnya kita perlu memilih pelakon yang benar-benar berkebolehan ke arah itu. Berkebolehan untuk mengolah naskah dengan segera dan kembali ke jalan asal. Berkebolehan mengolah naskah ini saya maksudkan sebagai ; berkebolehan improvisasi, menghadapi penonton yang ada kemungkinan pelbagai. Improvisasi mungkin dimiliki oleh mereka, tetapi menghadapi penonton yang ada kemungkinan pelbagai tidak.Terutamanya LB.

LB dikesan sebagai gagal memanipulasikan idea apabila ada penonton yang bersoal jawab dengannya. Bersungguh bertanya kalau-kalau ada siapa yang sangup untuk keluar mencari makanan, tetapi apabila ada yang sangup, LB terus metukar topik dan tidak mempedulikan penonton tadi. Jadi dalam hal ini, jika pengarah berniat untuk penonton campur tangan, penonton sudah campur tangan, tapi ia tidak ditanginan dengan betul.
Disitu terlihat LB telah gagal untuk melakukan improvisasi dan takut jika terkeluar dari landasan cerita. Yang mana mengikut jalan cerita, dialah yang harus keluar sendiri mencari makanan dan akhirnya nanti akan berlaku tragedi. Begitu juga dengan babak masuknya seorang gadis dalam kumpulan itu. Dalam situasi ini, pelakon masuk ke dalam kumpulan, bersama dengan seorang penonton yang lewat. Tetapi LB hanya fokus untuk risau dengan kehadiran gadis yang pelakon itu sahaja, mungkin kalau gadis itu sudah terkena jangkitan. Sedangkan penonton yang baru masuk diabaikan dan tidak berbahaya untuk kumpulan itu. Ini hanya sebahagian contoh yang saya keluarkan.

Jadi pengarah harus sedar bahawa persembahan yang melibatkan penonton, adalah berisiko, maka anda perlu bersedia dengan naskah yang fleksibel diubah suai bila-bila masa oleh pelakon, dan pelakon yang mampu mengubahsuai dengan yakin dan tahu bagaimana untuk melakukannya.
ZSP ada idea, cuma ideanya bukan sahaja belum cukup masak, malah memang bukan masak. Malah boleh dikatakan ZSP menghidangkan sesuatu yang masih diperingkat idea kasar sebenarnya. Apa pun tahniah kerana produksi Sisi Seni, Ceach Andrea selaku pengarah dan seluruh tenaga produksi yang membikin teater ini. Ia telah menyemarakkan lagi pentas teater di Malaysia. Diharap, dalam masa mendatang produksi ini akan makin matang lagi, dan ini adalah proses pembelajaran dalam pembikinan juga kretiviti. Semangat mereka boleh dipuji.
Banyak yang boleh diperkatakan lagi tentang ZSP ini. Tetapi cukuplah hanya perkara-perkara dasar ini yang disentuh. Akhir kata, aku harap produksi ini, terutamanya pengarah/penulis tidak berkecil hati dengan tulisan ini. Tetapi jika mereka berkecil hati. Biarkan saja....

Apa Itu PLORE
Bersempena Pesta Puisi EKSOTIKATA yang mungkin bakal diadakan tak lama lagi. Kami bercadang untuk membawakan PLORE Skala 6 bersamanya. Mungkin ramai yang tak tahu, jadah mende PLORE tu. Ok sejarahnya macam ni ;
PLORE pertama kali diadakan pada tahun 2009, bertempat di Kaki Jalan Central Market. Kemuncak PLORE adalah pada tahun 2011 bertempat di Teluk Cempedak yang melibatkan paling ramai anggota dan acara berlangsung selama 3 hari 2 malam. Manakala PLORE yang terakhir adalah PLORE-X pada tahun 2012 bertempat di Putrajaya. Namun PLORE-X terpaksa dihentikan ketika acara sedang rancak atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.
Bagaimana PLORE berlangsung.
PLORE akan melibatkan seramai mungkin mereka yang berminat untuk membaca puisi secara jalanan. Namun lain-lain persembahan juga diterima seperti, muzik akustik, main magik, main badminton (pernah terjadi), mine, badut, terjun laut (pernah terjadi) dan makan taik (pernah terjadi). Dan tentulah, persembahan paling lejen adalah terjun laut dan makan taik. Kedua-duanya dilakukan oleh orang yang sama.
Kesemua perserta akan berkumpul bersama-sama, tidak berpecah. Setiap orang harus menyediakan sekurangnya 4 persembahan. Ini kerana konsep PLORE adalah ulangan. Siapa yang sudah membaca puisi atau membuat apa saja persembahan, mereka perlu lepak terus disitu menonton persembahan orang lain dan nanti giliran mereka akan tiba lagi dan lagi dan lagi sampai pusingan tamat pada waktunya. Selalunya kesemua giliran itu yang bermula sebaik selesai waktu zohor akan tamat apabila masuknya waktu maghrib.
Namun, kesemua peserta bukanlah boleh main datang lepas tu kata nak perform. Kesemuanya perlulah mendaftarkan dulu dengan penganjur di eksotikata@gmail.com (caranya akan diberitahu kelak).
Dalam hal ini, kami tidak menolak persembahan dari siapapun kalau boleh. Walaupun memang kami tahu ada yang kureng dan ada yang power. Ini kerana motif PLORE adalah untuk semua orang boleh merasa dan mencuba serta membuka ruang. Sebab dulu kami marah kami tak dapat ruang, jadi kami wujudkan untuk ruang kami dan orang-orang macam kami. Dan kalau kita asyik bagi peluang pada yang power je, bilanya yang tak power tak jadi power?
Tapi walau macam manapun diharap mereka yang nak join cuba memberikan yang terbaik...
Sebagai bukti yang PLORE ni pernah wujud, korang tengoklah gambar-gambar PLORE yang lama masa aku muda-muda dulu.
(Daniel kekal sebagai peserta termuda)
(Persembahan anak beranak dan orang gila)
(Siapakah pemuda itu - kacaknya)
(Syso Kopratasa dengan menolognya)
(Fynn Jamal dan Pendekar Bambu dan TC Buskersnya)
(Rayza MukMin Art Berat)
(Luca D.K yang malas, sambil duduk)
(Hocy yang datang tumpang lori ikan)
(SEFA masa zaman sekolah-sekolah dulu)
(Fazleena Hishamuddin yang mencari chentanya)
(Anas Ridzuan masa rambut pendek dan Budak Kameranya)
(Kan aku cakap dah, ada orang main badminton)
(Ceach Andrea dengan Baris-Barisnya)
↧